Friday, June 21, 2019

Jom Cantik Bersama Shaiedatul



Image result for timewise 3d

TIPS UNTUK DAPATKAN KULIT MUKA YANG SIHAT


1. Membersihkan kulit

Haaa... yang ni memang penting ya! Kena bersihkan kulit muka kita sekurang- kurangnya 2 kali sehari. Kita kena pastikan kulit muka kita ni bersih dari segala kotoran terutama sekali pada waktu malam. Ini adalah kerana, kulit muka kita bekerja pada waktu malam. 
Tapi ada dikalangan kita ni tak tahu nak pilih pencuci muka. Kita kena pilih pencuci muka bergantung pada jenis kulit muka tau. Jangan sesekali basuh kulit muka dengan air panas, sebab kulit muka akan jadi kering. Sekiranya jenis sensitif, elak pencuci muka yang berbau wangi untuk mengelakkan keradangan kulit. 

2. Penyegar
Penyegar ni berfungsi untuk membantu mengurangkan keterataan pori malah membantu melembapkan kulit serta akan lebih kelihatan lebih licin dan sihat.

3. Pelembap
Yang ni kena rajin pakai ok! Wajib tau!! Jangan nak elak2 pakai ya. Tak kira la jenis kulit apa sekalipun, memang kena pakai pelembap tau! 

4. Pelindung cahaya matahari - SPF
SPF ni perlu dalam penjagaan kulit wajah. Sebabnya, pendedahan terlalu lama di bawah cahaya matahari dan boleh menyebabkan tanda penuaan. Pakai SPF ikut keperluan harian sahaja. SPF 30 pun dah memadai. 

5. Masker
Rajin- rajin la pakai masker. Bukan pakai hari- hari pun. Hanya pakai 2 @ 3 kali seminggu. 
Masker ni ada banyak jenis tau. Kalau untuk buang sel kulit mati, pakai masker yang jenis exfoliate. Pakai dalam 10 minit, lepas tu cuci. Kalau nak nampak beza, pakai masker jenis exfoliate pada sebelah muka sahaja. Lepas cuci, memang nampak beza. Confirm lepas tu akan rajin pakai masker. 

6. Serum
Kalau ada budget lebih, boleh la pakai serum. Serum ni membantu kulit muka untuk mendapatkan kesan yang optimum. Sebelum pakai serum, kena amalkan step 1 hingga 5 tu dulu. Kalau nak terus pakai serum, memang kesannya nampak tak nampak la. 😆

7. Krim Mata
Penjagaan mata ni pun penting tau! Nampak macam tak kan, tapi penting sebenarnya.
Jangan sesekali bersihkan makeup di kawasan mata dengan pencuci muka atau tisu basah. Nanti cepat kedut bawah mata tu. Cari Eye Make Up Remover tau. 

Walau apapun produk penjagaan wajah yang kita nak guna, pastikan ianya betul- betul selamat. Jangan terlau taksub untuk mendapatkan kulit putih melepak, kemudian hari nanti melepak kat hospital pulak! Faham kan maksud Syue?

Ok, sampai di sini sahaja. Kita jumpa lain kali ok. 

Terima kasih kerana luangkan masa untuk membaca. Sharing is caring.

Love,
Shaiedatul
Ind. Mary Kay Beauty Consultant

fb: Shaiedatul Fatin Mohd Sharif
Ig: Mkshai

KESAN MARY KAY

❤ KENAPA PAKAI MARY KAY TIDAK BERKESAN ??? ❤ kesan Mary Kay Ada yang bagi tau shai yang pakai produk mary tak berkesan. Bila ada ...